80 pelajar JIS lawat Singapura

80 pelajar JIS lawat Singapura

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Feb – Lebih 80 orang pelajar dan guru dari Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS), baru-baru ini, telah pergi ke Singapura di mana mereka berpeluang menyaksikan sendiri kekayaan sejarah dan geografinya.

Singapura terkenal sebagai pusat aktiviti ekonomi dan lawatan itu memberi peluang pendidikan dan kerja lapangan yang terbaik kepada para pelajar.

Menurut kenyataan JIS, lawatan pendidikan selama empat hari itu, para pelajar Tahun 9 (berusia 13-14 tahun) telah melawat pelbagai tempat termasuk Muzium Peradaban Asia, Agensi Pembangunan Semula Bandar, Muzium Singapura, China Town dan Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat serta mencuba hidangan dan kebudayaan Melayu di Kampung Glam.

Sepanjang lawatan itu, para pelajar bermain ‘Singaopoly’ dan menyertai pertandingan fotografi. Salah satu tarikan bagi kebanyakan pelajar adalah mempelajari mengenai skim kemapanan Singapura, di mana mereka dapat membandingkan imej bersejarah Singapura dengan pembangunan terkini, termasuk penebusgunaan tanah, pembersihan sungai dan pengenalan rangkaian pengangkutan bersepadu.

Penekanan juga dibuat ke atas pembangunan masyarakat dan kebudayaan Asia Tenggara dari zaman purba hingga kini.

Guru-guru dan para pelajar Tahun 9 bergambar ramai dengan bendera Negara Brunei Darussalam di Singapura.
Guru-guru dan para pelajar Tahun 9 bergambar ramai dengan bendera Negara Brunei Darussalam di Singapura.

Penyelaras Kemanusiaan, Katie Parsons, menekankan bahawa maklumat yang diperolehi sepanjang lawatan berkaitan dengan pelbagai topik yang dipelajari di sekolah, menghidupkan pembelajaran pelajar.

ARTIKEL YANG SAMA