80 peratus air bawah tanah tidak selamat

80 peratus air bawah tanah tidak selamat

BEIJING, 12 April (AFP) – Lebih 80 peratus air bawah tanah China yang diperoleh dari telaga agak cetek, digunakan oleh perladangan, kilang dan kebanyakan keluarga di luar bandar adalah tidak selamat untuk diminum kerana pencemaran, menurut laporan kerajaan.

Kajian Kementerian Sumber Air yang dimasukkan ke laman sesawangnya hari ini menganalisis contoh-contoh yang diambil dari bulan Januari, daripada 2,103 buah telaga yang digunakan bagi pemantauan sistem saliran timur besar negara itu.

Menurut kementerian itu tentang contoh-contoh itu, 32.9 peratus dikelaskan sebagai hanya sesuai bagi kegunaan perindustrian dan pertanian, manakala 47.3 peratus tidak layak untuk diminum oleh manusia walau apa pun jenisnya. Tidak satu pun dianggap asli, meskipun pengkadaran air dalam telaga di kawasan Beijing lebih baik secara keseluruhan dari di tempat lain di timur laut.

Ekoran pendedahan laporan itu semalam, para pegawai berusaha meyakinkan semula orang ramai bahawa kebanyakan air keluarga yang digunakan oleh keluarga Cina di bandar adalah selamat kerana ia datang dari takungan, akuifer dalam atau sungai yang dirawat untuk memastikan keselamatan.

“Kualiti air minum adalah baik keseluruhannya,” Chen Mingzhong, pengarah Jabatan Sumber Air kementerian itu, memberitahu para pemberita pada sidang media.

ARTIKEL YANG SAMA