80 peserta sertai kejohanan pingpong

80 peserta sertai kejohanan pingpong

Oleh Faridah Haji Ibrahim

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Sept – Seramai 80 peserta berumur bawah 15 dan 21 tahun menyertai Kejohanan Pingpong Skim-Skim Belia anjuran Persatuan PingPong Brunei Darussalam (BDTTA) di Kompleks Sukan Menglait pada 11 September lalu.

Kejohanan yang berlangsung sehingga 13 September itu disertai oleh Sekolah Chung Hwa Bandar Seri Begawan, Ikatan Persatuan Belia Bunut (IKERAB), Kolej Cosmopolitan Brunei, skim JBS, Universiti Brunei Darussalam (UBD), Institut Teknologi Brunei (ITB), Pusat Tingkatan Enam Meragang, Belia-Belia Kuala Belait dan Sekolah Menengah Katok Brunei.

Hadir menyaksikan perlawanan ialah Presiden BDTTA, Haji Damit bin Haji Abd. Rahman yang turut menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Pertandingan akhir Regu Lelaki Bawah 15 Tahun Kejohanan Pingpong Skim-Skim Belia.
Pertandingan akhir Regu Lelaki Bawah 15 Tahun Kejohanan Pingpong Skim-Skim Belia.

ARTIKEL YANG SAMA