80 sertai sesi Boot Camp ‘Extremis Athletics’

80 sertai sesi Boot Camp ‘Extremis Athletics’

Oleh Pg Fairol RMF

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Jun – Kumpulan ‘Extremis Athletics’, semalam, mengadakan sesi Boot Camp bagi orang ramai yang ingin mengambil pengalaman dalam aktiviti lasak yang berlangsung di Pusat Extremis Athletics, Kampung Sungai Akar Central.

Selain senamrobik, lebih 80 orang pesertanya turut berpeluang membuat kegiatan ekstrem.

Selepas kejayaan sesi ini, Extremis Athletics dan Kelab Rekreasi Diraja Brunei (RBRC) berharap untuk menganjurkannya lagi setiap dua bulan di kelab berkenaan.

Sesi bootcamp ini akan diteruskan dan dibuka setiap Isnin, Rabu dan Jumaat di Sungai Akar Central bagi mereka yang ingin mencuba.

Antara peserta yang menyertai sesi Boot Camp ‘Extremis Athletics’.
Antara peserta yang menyertai sesi Boot Camp ‘Extremis Athletics’.

ARTIKEL YANG SAMA