800 anggota Al-Qaeda maut di Yaman

800 anggota Al-Qaeda maut di Yaman

MARIB, Yaman, 25 April – Tentera Yaman yang disokong oleh serangan udara gabungan Arab membunuh lebih daripada 800 anggota Al-Qaeda dalam satu serangan ke atas ibu negara wilayah tenggara yang dikawal oleh kumpulan itu sejak setahun lalu, kata gabungan hari ini.

Tentera pro-kerajaan menawan semula terminal minyak serta bandar Mukalla, yang dianggap sebuah kubu penyokong berani mati kata sumber tentera.

Jumlah kematian tidak dapat disahkan dan tidak ada petunjuk diberikan mengenai mangsa korban awam.

Operasi itu adalah sebahagian daripada serangan lebih luas yang bertujuan menjamin kawasan yang ditawan oleh militan jihad yang telah mengeksloitasi perang selama 13 bulan di antara pengikut setia sokongan Teluk dan pemberontak yang disokong oleh Iran.

Ia berlaku serentak dengan rundingan perdamaian yang dibroker oleh PBB di Kuwait selepas satu gencatan senjata berkuatkuasa pada 11 April, tetapi tidak termasuk kumpulan berani mati.

“Kami memasuki pusat bandar (Mukalla) dan menerima tentangan daripada militant Al-Qaeda yang berundur dari barat” menuju ke padang pasir di wilayah Hadramawt dan Shabwa, beritahu pegawai tentera kepada AFP dari bandar yang dirampas oleh penyokong jihad pada April lalu.

Pegawai itu, yang meminta namanya tidak disiarkan, berkata penduduk Mukalla, tempat tinggal kepada 200,000 orang, telah merayu kepada penyokong berani mati supaya melepaskan bandar daripada pemusnahan pertempuran dan menarik diri dari kawasan itu.

Sumber tentera Yaman berkata kenderaan tentera Arab digunakan dalam operasi dan tentera dari negara Teluk, anggota utama gabungan pimpinan Saudi, adalah antara tentera yang memasuki Mukalla. AFP tidak dapat mengesahkan laporan berkenaan daripada pegawai di Amiriah Arab Bersatu.

Gabungan Arab yang bertempur menentang pemberontak di Yaman sejak Mac 2015 menjalankan serangan udara ke atas kedudukan Al-Qaeda di Mukalla untuk membuka laluan kepada tentera darat, kata sumber tentera. – AFP