800 sertai Larian Amal CHMS

800 sertai Larian Amal CHMS

Oleh Salawati Haji Yahya

Gambar oleh Bahyiah Bakir

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Okt – Lebih 800 peserta menyertai Larian Amal Persatuan Alumni Chung Hwa Middle School (CHMS) yang berlangsung di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas hari ini.

Larian amal anjuran Persatuan Alumni CHMS itu dirasmikan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Pengarah Urusan Cityneon, Dato Jack Ting, Pemegang Amanah Kanan Pusat Ehsan, Dato Paduka Mohd Alimin bin Haji Abdul Wahab, Presiden SMARTER, Malai Haji Abdullah bin Malai Haji Othman dan perwakilan lainnya.

Sementara acara pelepasan peserta larian juga disempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin (Dr) Haji Awang Abu Bakar dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang dalam larian tersebut.

Pada larian tersebut, beberapa kategori dipertandingkan iaitu Kategori 10.5 Kilometer bagi peserta lelaki dan perempuan, Kategori Borneo Bulletin 5.5 kilometer Terbuka Lelaki dan Perempuan, Kategori Borneo Bulletin 5.5 Kilometer Veteran (50 tahun ke atas) bagi lelaki dan perempuan.

Turut dibukakan bagi peserta di bawah umur 18 tahun dalam Kategori Borneo Bulletin 5.5 Kilometer, Kategori Kingston Fun Run 3 Kilometer bagi peserta lelaki dan perempuan, Kategori Bake Culture Fun Run 2 Kilometer untuk kanak-kanak berkeperluan khas.

Yang Berhormat Pehin ketika merasmikan larian amal tersebut bersama perwakilan lainnya.
Yang Berhormat Pehin ketika merasmikan larian amal tersebut bersama perwakilan lainnya.
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri ketika menyertai senamrobik sebelum memulakan larian.
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri ketika menyertai senamrobik sebelum memulakan larian.
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri mengayuh basikal dari stadium ke pusat bandar.
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri mengayuh basikal dari stadium ke pusat bandar.

Pengerusi Persatuan Alumni CHMS, Tan Guan Siong menjelaskan, antara lain tujuan larian ini adalah untuk mengeratkan hubungan dalam kalangan ahli dengan bekas pelajar CHMS termasuk masyarakat dan orang ramai seterusnya mempromosi gaya hidup sihat melalui cara yang betul sambil beramal.

Beliau seterusnya menambah, Kategori Bake Culture 2 Kilometer Fun Run direka khusus untuk kanak-kanak berkeperluan khas dari Pusat Ehsan, Pusat KACA dan SMARTER Brunei untuk memberi peluang kepada orang ramai berlari sambil beramal.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri ketika menyempurnakan acara pelepasan peserta larian.
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri ketika menyempurnakan acara pelepasan peserta larian.

Participants after the flag-off

Participants after the flag-off

Gambar ramai bersama para pemenang yang menerima hadiah pada larian tersebut
Gambar ramai bersama para pemenang yang menerima hadiah pada larian tersebut

Dalam larian tersebut, tempat pertama bagi Kategori 10.5 Kilometer membawa pulang hadiah berupa wang tunai $700, tempat kedua $500 dan tempat ketiga $300 berserta hadiah iringan.

Manakala dalam Kategori Borneo Bulletin 5.5 Kilometer tempat pertama membawa pulang hadiah berupa wang tunai $500, $300 bagi tempat kedua dan $100 berserta hadiah iringan bagi tempat ketiga. Sementara itu, bagi Kategori Borneo Bulletin 5.5 Kilometer Veteran, pemenang tempat pertama hingga ketiga, masing-masing akan membawa pulang hadiah wang tunai $400, $300 dan $200.

Kategori Borneo Bulletin 5.5 kilometer di bawah umur 18 tahun terbuka lelaki dan perempuan pula menerima $300 bagi tempat pertama, $200 bagi tempat kedua dan $100 bagi tempat ketiga.

Pada larian tersebut, peserta yang telah berjaya menamatkan larian mereka tidak pulang dengan tangan kosong, malah mereka diberikan pingat dan hadiah sebagai tanda usaha mereka.

ARTIKEL YANG SAMA