800 sertai larian amal KACA

800 sertai larian amal KACA

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 April – Hampir 800 orang telah menyertai Larian Amal ‘Run For The Kids’ bagi Persatuan Kanak-kanak Cacat (KACA) anjuran Syarikat Creads Design & Printing yang bermula dan berakhir di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, pagi.

Larian yang didahului dengan sesi senamrobik itu turut disertai oleh kanak-kanak istimewa KACA.Pelepasan larian amal bagi kategori 10 kilometer terbuka bagi lelaki dan wanita serta 5 kilometer terbuka lelaki dan wanita telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan KACA, Haji Awang Abd Halim bin Haji Awang Othman.

Manakala itu, pelepasan larian bagi kategori 2.5 kilometer terbuka lelaki dan wanita pula disempurnakan oleh Pengurus Besar Creads Design, Dayang Annida Saidatul Salwa binti Haji Shabudin.

Juara bagi Kategori 10 kilometer lelaki terbuka ialah Awang Selfi Ahar, diikuti oleh Awang Mastani bin Mohd Yussop di tempat kedua dan Awang Zainor Sam di tempat ketiga.

Bagi Kategori 10 kilometer wanita terbuka pula, juara disandang oleh Vanessa Loh, manakala itu, Angela Lew menduduki tempat kedua dan Dayang Herney Vivienty binti Sebi di tempat ketiga.

David Kay dan Haji Abdul Halim bergambar ramai bersama pemenang-pemenang bagi Kategori 2.5 kilometer wanita terbuka.
David Kay dan Haji Abdul Halim bergambar ramai bersama pemenang-pemenang bagi Kategori 2.5 kilometer wanita terbuka.

Penyampaian hadiah bagi kategori ini telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif TelBru, David Kay, yang mana TelBru merupakan penaja rasmi larian amal berkenaan.

Manakala itu, juara bagi Kategori 5 kilometer lelaki terbuka telah disandang oleh Awang Muhd Qamarul Arifin Hifni, diikuti oleh Haji Jupli bin Haji Pangis di tempat kedua dan Awangku Mohd Mazni bin Pengiran Saifuddin di tempat ketiga.

Bagi Kategori 5 kilometer wanita terbuka pula, juara disandang oleh Dayang Yenny Muslim diikuti oleh Yvette Kortekaas di tempat kedua dan tempat ketiga, Dayang Hana @ Shazana Hamiroldzam.

Penyampaian hadiah bagi kategori ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi TelBru, Haji Roslan bin Haji Othman.

Kategori 2.5 kilometer lelaki terbuka pula dijuarai oleh Awang Azizi bin Haji Azman, sementara itu, tempat kedua dan ketiga pula masing-masing disandang oleh Haji Ariffin bin Abdullah dan Awang Luqman Zulfikar Ali.

Menjuarai Kategori 2.5 kilometer wanita terbuka pula ialah Dayang Nurul Fadzreena binti Latip, manakala itu, Dayang Husna Abdullah dan Dayang Asfiza Eza binti Lasut masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Hadir menyempurnakan hadiah bagi kategori ini ialah Haji Abdul Halim.

KACA ditubuhkan pada 1986 bagi menyediakan sokongan awal pembangunan dan program latihan serta pendidikan khas bagi kanak-kanak kurang upaya supaya mereka mampu berdikari, melanjutkan pelajaran serta mendapat pekerjaan.

Persatuan itu kini melatih 119 kanak-kanak di tiga buah pusat mereka di Bandar Seri Begawan, Kuala Belait dan Tutong.

Hampir 500 kanak-kanak berdaftar sebagai ahli KACA. Program-program di pusat-pusat KACA dikendalikan oleh 15 kakitangan sepenuh masa dengan dibantu oleh lebih 100 sukarelawan separuh masa.

ARTIKEL YANG SAMA