8,000 ternakan mati, ladang musnah akibat cuaca sejuk

8,000 ternakan mati, ladang musnah akibat cuaca sejuk

HANOI, 29 Jan – Hampir 8,000 haiwan ternakan mati akibat cuaca paling sejuk selama sedekad di utara Vietnam seminggu yang lalu, menurut pihak berkuasa hari ini.

Kematian Lembu, kambing, kuda dan khinzir telah dilaporkan di enam wilayah, sementara hampir 11,000 hektar tanaman padi dan ladang juga musnah, menurut Jabatan Penghasilan Ternakan.

Son La adalah wilayah yang paling teruk dilanda, katanya.

Tempoh sejuk pada minggu lalu di utara Vietnam adalah yang paling buruk dalam masa 39 tahun, menurut Pusat Kebangsaan Vietnam bagi Ramalan Hidrometeorologi.

Suhu di perbandaran Hanoi mencecah enam darjah Celsius, paling sejuk dalam masa lebih 20 tahun.

Pada Jumaat, suhu meningkat kepada 10 darjah di utara Vietnam, menandakan penamatan tempoh sejuk, menurut Pusat berkenaan. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA