82 anggota DUN Sarawak angkat sumpah jawatan

82 anggota DUN Sarawak angkat sumpah jawatan

KUCHING, 7 Jun – Kesemua 82 anggota Dewan Undangan Negeri Sarawak yang dipilih pada pilihan raya negeri Sarawak pada 7 Mei lepas, hari ini mengangkat sumpah jawatan, sebelum bermulanya penggal baharu persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) esok.

Mereka mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Sarawak Datuk Amar Mohammad Asfia Awang Nassar.

Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Datu mengetuai istiadat angkat sumpah diikuti oleh menteri kabinet negeri dan ADUN yang lain di bangunan baharu DUN Sarawak di sini, hari ini. – Bernama