84 kemalangan dalam seminggu

84 kemalangan dalam seminggu

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Julai – Sebanyak 84 kes kemalangan jalan raya termasuk dua kes yang melibatkan kematian, telah dicatatkan dalam minggu kedua bulan Julai.

Menurut kenyataan Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu Lintas (JSKLL), Pasukan Polis Diraja Brunei, seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 24 tahun meninggal dunia dalam kejadian di Jalan Jerudong pada 10 Julai lalu, manakala itu, seorang lelaki tempatan berusia 58, maut dalam kemalangan yang melibatkan dua buah kereta di KM 85.3, Lebuh Raya Muara Tutong, pada 14 Julai lalu.

Dalam pada itu, menerusi operasi penguatkuasaan dan rondaan dalam tempoh yang sama telah merekodkan sebanyak 96 kes pelbagai kesalahan, dengan 68 kes dicatatkan oleh JSKLL Gadong dalam lima operasi, dan JSKLL Cawangan Batu 3, Kuala Belait mencatat 27 kes dalam empat operasi. Sehubungan dengan itu, Pasukan Polis Diraja Brunei sekali lagi menekankan kepada para pengguna agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang lalu lintas di negara ini dan sentiasa berhati-hati terutamanya ketika keadaan cuaca yang tidak menentu.

Orang ramai juga digesa supaya mengamalkan pemanduan berhemah demi menjaga keselamatan semua pengguna jalan raya.

ARTIKEL YANG SAMA