84 maut dirempuh trak

84 maut dirempuh trak

NICE, Perancis, 15 Julai – Kira-kira 84 orang terbunuh selepas sebuah trak yang dipandu seorang lelaki bersenjata merempuh ratusan orang ramai yang sedang meraikan Hari Bastille di bandar Nice, Riviera, Perancis dalam apa yang Presiden Francois Hollande gelar sebagai satu serangan ‘pengganas’, hari ini.

Hollande mengumumkan perkabungan tiga hari selepas serangan itu, ketika negara yang masih belum sembuh daripada serangan majalah Charlie Hebdo pada Januari 2015 dan pembunuhan besar-besaran di Paris pada November 2015, mendapati dirinya berkabung sekali lagi. “Perancis telah diserang pada hari kemerdekaannya….simbol kebebasan,” kata Hollande dalam ucapan televisyen pad awal pagi hari ini.

Serangan itu adalah serangan ‘semula jadi pengganas yang tidak disangkal lagi,” ujarnya, mengesahkan beberapa kanak-kanak antara yang terkorban.

Pemandu yang membawa senjata itu merempuhkan trak seberat 19 tan pada kelajuan tinggi bermula dua kilometer ke arah khalayak ramai yang sedang bergembira menyaksikan pertunjukan bunga api pada hari cuti kebangsaan Perancis 14 Julai.

Promenade des Anglais, Nice berselerak dengan mayat-mayat ketika ratusan lagi menyelamatkan diri dalam ketakutan. Dalam satu video yang dimuatnaik ke Facebook oleh saksi, Tarubi Wahid, menceritakan suatu kengerian di tempat persiaran itu yang telah ditonton lebih 4,500 kali. “Saya hampir terpijak mayat, ia sangat teruk. Ia seperti medan peperangan,” ujarnya.

Pegawai polis berdiri berhampiran sebuah van yang merempuh ratusan orang ramai yang sedang menyaksikan bunga api, dengan cermin depannya ditembusi peluru, di bandar Nice pada 14 Julai. – AFP
Pegawai polis berdiri berhampiran sebuah van yang merempuh ratusan orang ramai yang sedang menyaksikan bunga api, dengan cermin depannya ditembusi peluru, di bandar Nice pada 14 Julai. – AFP
Pakar forensik memeriksa mayat-mayat yang ditutupi dengan lapisan biru di kawasan dermaga Promenade des Anglais di bandar Nice, French Riviera pada 15 Julai. – AFP
Pakar forensik memeriksa mayat-mayat yang ditutupi dengan lapisan biru di kawasan dermaga Promenade des Anglais di bandar Nice, French Riviera pada 15 Julai. – AFP

Dia mengambil gambar anak patung dan kerusi roda yang ditinggalkan dan menggambarkan rasa ketidakupayaan untuk berdepan dengan pembunuhan besar-besaran itu.

“Semua mayat ini dan keluarga mereka….menghabiskan masa berjam-jam di sana memegang jari-jemari dingin daripada anggota badan mangsa yang digilis trak. Anda tidak mampu untuk berkata-kata mahupun untuk menenangkan ahli keluarga mangsa,” ujarnya. Pihak berkuasa mengenal pasti pemandunya sebagai warga Perancis-Tunisia berusia 31 tahun dan berkata dia telah melepaskan tembakan beberapa kali sebelum polis menembaknya mati.

Sumber polis berkata dia telah dikenal pasti melalui kertas identiti yang ditemui dalam trak tersebut.

Jurucakap kementerian dalam negeri Pierre-Henry Brandet berkata 84 orang terkorban dan puluhan lagi cedera dalam insiden itu, termasuk 18 dalam ‘keadaan kritikal’. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA