84 pasukan sertai Dart Terbuka Penerbangan Awam

84 pasukan sertai Dart Terbuka Penerbangan Awam

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Mei – Kejohanan Dart Beregu Terbuka Jabatan Penerbangan Awam yang pertama telah berlangsung di dewan kejuruteraan dari 22 hingga 24 Mei 2015.

Seramai 84 pasukan dari empat daerah telah menyertai kejohanan tersebut yang dirasmikan oleh Pemangku Pengarah Penerbangan Awam, Haji Mohamad Nazri bin Haji Md Yussof.

Pasukan Kg Air Simba yang diwakili pasangan Haji Aushrin dan Nudin menjuarai keseluruhan perlawanan setelah menewaskan Pasukan KDKK Classic pasangan Amiruddin dan Azmi dengan 5-3, Pasukan DCA KBT Amazing Power mendapat tempat ketiga dan Pasukan KDSS X2 selesai di tempat keempat.

Juara membawa pulang wang tunai $500 berserta pingat, tempat kedua menerima wang tunai $200 berserta pingat, tempat ketiga dan keempat wang tunai membawa pulang wang tunai $100 berserta pingat dan tempat seterusnya sehingga kelapan menerima pingat sahaja.

Pemenang bergambar ramai bersama Ahli Jawatankuasa Kejohanan.
Pemenang bergambar ramai bersama Ahli Jawatankuasa Kejohanan.

Hadiah sampingan berupa wang tunai $20 berserta hamper yang ditaja oleh Shariful Rizal bin Haji Md Saruddin dari Pasukan Halaman Darters Club telah dimenangi oleh Pg Mohamed bin Pg Haji Matarsad dari Pasukan DSC KBT Amazing Power yang berjaya mengumpul 140 mata.

ARTIKEL YANG SAMA