84 pelajar sertai Forum Sinar

84 pelajar sertai Forum Sinar

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Mei – Seramai 84 pelajar Tahun 7 Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, telah menghadiri Forum Sinar yang berlangsung di Lecture Theater sekolah berkenaan, pagi tadi.

Forum anjuran Unit Kaunseling dan Kerjaya, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan itu menyaksikan penyampaian taklimat dari Unit Kaunseling dan Kerjaya, Jabatan Penerangan, Pusat Promosi Kesihatan, Biro Kawalan Narkotik dan Jabatan Pembangunan Masyarakat.

Pemangku Penolong Pegawai Penerangan, Pengiran Asrul bin Pengiran Haji Abdul Momin telah menyampaikan taklimat mengenai Menghayati Lagu Kebangsaan dan Bendera Negara Brunei Darussalam.

Taklimat beliau antaranya adalah untuk memahami dan mengenali erti/makna yang terkandung di sebalik lagu kebangsaan dan bendera Negara Brunei Darussalam, dalam melambangkan simbol perpaduan dan identiti bangsa dan negara di samping lagu kebangsaan dan bendera negara itu yang mendukung falsafah Melayu Islam Beraja.

Pengiran Asrul ketika menyampaikan taklimat pada Forum Sinar.
Pengiran Asrul ketika menyampaikan taklimat pada Forum Sinar.

Turut disentuh adalah mengenai sejarah, tujuan dan fungsi serta tatacara mengibarkan bendera negara Brunei Darussalam dan menyanyikan lagu kebangsaan.

Antara tujuan taklimat adalah untuk menyuntik semangat kenegaraan yang tinggi dalam kalangan pelajar.

Forum Sinar yang diadakan bagi sekolah-sekolah menengah/maktab dan sekolah-sekolah swasta bagi tahun 2016 itu antara lain berobjektif untuk membantu pembentukan personaliti pelajar iaitu pelajar yang mempunyai peribadi mulia, beradab sopan, bijaksana dalam membuat keputusan dan tindakan.

Di samping itu, supaya para remaja mengamalkan gaya hidup sihat, melahirkan remaja yang sihat bukan sahaja dari segi fizikal tetapi sihat dari segi emosi rohani dan akli serta untuk membina sakinah pelajar yang mantap dan cemerlang.

ARTIKEL YANG SAMA