85 jeneral, laksamana didakwa

85 jeneral, laksamana didakwa

ANKARA, Turki, 19 Julai – Agensi berita milik kerajaan Turki berkata hari ini bahawa mahkamah telah mengarahkan 85 jeneral dan laksamana yang dipenjarakan ditangguhkan perbicaraan mereka berhubungan peranan mereka dalam percubaan rampasan kuasa. Puluhan yang lain masih lagi disoal siasat.

Agensi Anadolu berkata mereka yang ditangkap itu termasuk bekas pemerintah pasukan udara, Jeneral Akin Ozturk, yang dipercayai ketua pemberontakan 15 Julai dan pemerintah kedua tentera Turki, Jeneral Adem Hududi, yang didakwa menangani kemungkinan ancaman dari Syria, Iran dan Iraq ke Turki.

Ozturk telah menafikan pertuduhan itu, mengatakan dia tidak merancang mahupun mengarahkan rampasan kuasa, menurut Anadolu.

Pihak berkuasa telah mengumpulkan ribuan orang yang dipercayai terlibat dalam rampasan kuasa itu, yang membunuh 208 penyokong kerajaan dan 24 perancang rampasan kuasa.

Kerajaan berkata pendakwah Islam berpangkalan di AS merupakan dalang di sebalik rampasan kuasa ini. Ribuan lagi para pegawai yang disyaki terlibat dengannya telah disingkirkan dari badan kehakiman dan Kementerian Dalam Negeri.

“Tidak ada demokrasi yang membenarkan askar-askar, pendakwa raya, polis, hakim dan birokrat, untuk mengambil arahan dari organisasi luar selain institusi birokrasi,” kata Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata dalam ucapan yang disiarkan awal hari ini.

Presiden dan para pegawai lain telah mencadangkan kerajaan untuk mempertimbangkan pelaksanaan semula hukuman mati, amalan yang dibubarkan pada 2004 sebagai sebahagian daripada bidaan Turki untuk menyertai Kesatuan Eropah (EU).

“Di sebuah negara di mana anak-anak muda kami telah dibunuh oleh bom dan kereta kebal, jika kami tetap berdiam diri, sebagai orang politik, kami akan dipertanggungjawabkan nanti pada hari kemudian,” kata Erdogan, yang mengatakan hukuman mati masih wujud di beberapa buah negara di seluruh dunia, termasuk AS dan China. – AP