85 mayat pendatang hanyut di Libya

85 mayat pendatang hanyut di Libya

TRIPOLI, 3 Jun – Sekurang-kurangnya 85 mayat pendatang terdampar di pantai bandar barat Libya Zwarah semalam apabila mereka cuba untuk menyeberangi lautan Mediterranean, kata seorang pegawai Bulan Sabit Merah Libya.

Al-Khamis Al-Bosefi berkata anggota bantuan telah membawa mayat tersebut, termasuk wanita dan kanak-kanak, sambil menambah bahawa keadaan kematian mereka masih belum jelas. Tiada peronda penyelamat laut melakukan rondaan minggu ini berikutan cuaca yang buruk. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA