85 mayat pendatang hanyut

85 mayat pendatang hanyut

TRIPOLI, 3 Jun – Sekurang-kurangnya 85 mayat penda-tang terdampar di pantai bandar barat Libya Zwarah semalam apabila mereka cuba untuk menyeberangi lautan Mediterranean, kata seorang pegawai Bulan Sabit Merah Libya.

Al-Khamis Al-Bosefi berkata anggota bantuan telah membawa mayat tersebut, termasuk wanita dan kanak-kanak, sambil menambah bahawa keadaan kematian mereka masih belum jelas.

Tiada peronda penyelamat laut melakukan rondaan mereka pada minggu ini berikutan keadaan cuaca yang buruk, kata Al-Bosefi.

Majlis perbandaran Zwarah mengutuk ‘rapuhnya dan tiada tindakan daripada institusi kerajaan dan organisasi antarabangsa’ ke arah krisis pendatang di Bandar itu.

Lebih daripada 40,000 pendatang telah menyeberangi lautan Mediterranean ke Eropah pada tahun ini.

Menurut Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pendatang, sekurang-kurangnya 880 pendatang lemas dalam perjalanan ke Eropah minggu ini. – Xinhua

 

ARTIKEL YANG SAMA