85 pain darah berjaya dikumpul

85 pain darah berjaya dikumpul

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Feb – Seramai 128 orang penderma darah dan lebih 80 pain darah telah dikumpulkan dalam Kempen Derma Darah yang dianjurkan oleh Kelab Rotary Bandar Seri Begawan dengan kerjasama Pusat Menderma Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) di Dewan Pameran Lexus, Gadong, kelmarin.

Kempen yang mendapat sambutan menggalakkan itu, bukan saja disertai penderma yang berpengalaman tetapi juga penderma-penderma baru itu adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada orang ramai agar dapat menaburkan bakti serta membantu menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan.

Presiden Kelab Rotary, Albert Tan pada acara itu, menyatakan rasa penghargaannya kepada semua para penderma yang hadir menyertai kempen itu dan sama-sama menjayakan kempen tersebut.

Beliau juga berkata, bahawa para penderma darah bukan sahaja telah menghulurkan khidmat bakti kepada masyarakat tetapi telah berjaya untuk menghulurkan sumbangan yang penuh bermakna iaitu darah bagi golongan yang memerlukan.

Antara mereka yang menderma darah semasa kempen itu.
Antara mereka yang menderma darah semasa kempen itu.

pg10_160222_e

Sementara itu, Penyelia Penderma Darah, Pusat Menderma Darah, Hospital RIPAS, Haji Matusop bin Haji Daud, dipetik menyatakan penghargaan kepada semua orang yang tampil ke hadapan untuk menderma darah semasa kempen itu.

Beliau meluahkan perasaan gembira dengan kutipan sebanyak 85 pain darah pada kempen kali ini dan berharap lebih ramai penderma akan tampil ke hadapan untuk menderma darah terutama kepada golongan muda dan sihat kerana setiap sumbangan itu adalah amat bermakna.

Beliau menyatakan harapan supaya lebih ramai orang akan menyahut seruan untuk menderma darah yang mana bukan sahaja menderma darah mempunyai kebaikan kepada kesihatan tetapi ia juga mampu untuk menghulurkan sumbangan bakti kepada golongan yang memerlukan.

ARTIKEL YANG SAMA