85 pelajar sertai peraduan mewarna, tulisan jawi

85 pelajar sertai peraduan mewarna, tulisan jawi

Oleh Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Nov – Seramai 85 pelajar kelas Al-Quran dan Muqaddam Balai Ibadat Kampung Mata-Mata (BIKMM), Gadong telah menyertai peraduan mewarna dan tulisan Jawi yang diungkayahkan oleh guru penghubung dan guru kelas Al-Quran dan Muqaddam BIKMM di balai ibadat berkenaan pagi tadi.

Juara Kategori Lelaki bagi peraduan mewarna disandang oleh Awang Mohd Danish bin Sani, manakala Dayang Nur Adriana Batrisyia binti Syukri juara bagi Kategori Perempuan.

Sementara itu, juara bagi peraduan tulisan Jawi mengikut kategori masing-masing pula disandang oleh Awang Mohd Fadlan bin Rushdi dan Dayang Nur Irdina Batrisyia binti Nurhardiman.

Haji Metali ketika menyampaikan hadiah kepada para pemenang peraduan mewarna dan peraduan tulisan jawi di BIKMM, Gadong, pagi kelmarin.
Haji Metali ketika menyampaikan hadiah kepada para pemenang peraduan mewarna dan peraduan tulisan jawi di BIKMM, Gadong, pagi kelmarin.

Hadiah disempurnakan oleh Ketua Kampung Mata-Mata, Haji Metali bin Haji Kamis yang juga selaku tetamu kehormat dan penasihat Ahli Jawatankuasa Takmir BIKMM.

Guru Penghubung Kelas Al-Quran dan Muqaddam, Awang Jamal bin Haji Munab menjelaskan, peraduan ini adalah sebagai salah satu aktiviti menjelangnya cuti persekolahan penggal ketiga.

ARTIKEL YANG SAMA