850 pelajar SYSHHB sertai Olahraga

850 pelajar SYSHHB sertai Olahraga

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Jun – Lebih 800 pelajar Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SYSHHB) mengambil bahagian dalam Sukan Olahraga yang berlangsung di Padang Kebajikan, Berakas, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan perasmian sukan olahraga berkenaan ialah Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Guru Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Pengiran Haji Anuar bin Pengiran Seri Indera Pengiran Haji Ismail.

Kejohanan itu disertai kira-kira 350 pelajar sekolah menengah dan kira-kira 500 pelajar sekolah rendah berkenaan di mana mereka dibahagikan kepada empat buah rumah dan beraksi dalam pelabagai acara termasuk larian 400 meter, 200 meter, 100 meter, lompat jauh dan lari berganti-ganti 4×100 meter.

Kejohanan itu dihasratkan untuk mencungkil atlet berbakat yang boleh dikembangkan sebagai atlet kebangsaan serta untuk menggalakkan para pelajar mengamalkan gaya hidup sihat melalui kegiatan sukan.

Pengiran Haji Anuar diperkenalkan kepada para peserta.
Pengiran Haji Anuar diperkenalkan kepada para peserta.
Pengiran Haji Anuar merasmikan acara sukan berkenaan.
Pengiran Haji Anuar merasmikan acara sukan berkenaan.