85,000 anggota kawal Olimpik Rio

85,000 anggota kawal Olimpik Rio

RIO DE JANEIRO, 30 Jun (AFP) – Brazil memberi jaminan keselamatan lebih setengah juta pelancong dan atlet yang menghadiri Sukan Olimpik Rio pada Ogos ini mampu dikawal.

Setiausaha temasya itu, Andrei Rodrigues, berkata kehadiran polis yang ramai dan hubungan risikan antarabangsa akan menangani sebarang ancaman keganasan dan jenayah keganasan.

Katanya, seramai 47,000 pegawai polis dan 38,000 tentera, akan diarahkan bagi menjamin keselamatan sepanjang temasya itu.

Jumlah itu adalah dua kali ganda lebih tinggi berbanding bilangan anggota pihak berkuasa keselamatan pada Olimpik 2012 London.

Olimpik dijadual berlangsung pada 5 Ogos hingga 21 Ogos ini dan digambarkan sebagai “acara terbesar di planet”.

Jenayah di jalanan meningkat di Rio apabila perbelanjaan dipotong bagi pihak berkuasa keselamatan, dengan demonstrasi oleh anggota polis yang tidak puas hati apabila perbelanjaan minyak, malah tisu tandas tidak mencukupi.

ARTIKEL YANG SAMA