854 pelajar m...

854 pelajar mulakan persekolahan Arab sesi pengajian 2017

TUTONG, 5 Jan – Seramai 854 orang pelajar yang terdiri daripada 387 pelajar lelaki dan 467 pelajar perempuan memulakan persekolahan Arab sesi pengajian 2017 bagi kemasukan pelajar-pelajar Sanah 5 di sini, hari ini.

Daripada jumlah itu, Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan telah mencatatkan jumlah kemasukan pelajar paling tinggi iaitu seramai 390 orang pelajar perempuan Tahun 5 dan Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit (SUAMPRIPAD) menempatkan seramai 337 orang pelajar lelaki.

Sementara itu, Mahad Islam Brunei pula menerima seramai 70 orang pelajar (28 lelaki dan 42 perempuan), Sekolah Arab Belait seramai 37 orang pelajar (16 lelaki dan 21 perempuan) dan Sekolah Arab Temburong menerima seramai 20 orang pelajar (enam lelaki dan 14 perempuan).