88 B juarai sepak takraw

88 B juarai sepak takraw

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Mac – Pasukan tuan rumah Brunei 88 B menjuarai kejohanan sepak takraw anjurannya bersama Sekolah Sukan Brunei Darussalam yang berlangsung baru-baru ini di Kompleks Sukan Sungai Asam/Sungai Kebun dengan mengalahkan Pasukan Triplestar 2-1.

Tampil di tempat ketiga bersama ialah Pasukan Polis dan Benading yang terpaksa akur dengan kekalahan di peringkat separuh akhir ketika bertemu kedua-dua finalis kejohanan berkenaan di sini.

Sebanyak 24 pasukan menyertai kejohanan yang ketiga kali diadakan itu dengan dibahagikan kepada lapan kumpulan untuk bersaing secara pusingan kumpulan sebelum dua pasukan teratas masuk ke pusingan kedua.

pg22_160322_b

Antara pasukan yang menyertai kejohanan itu ialah pasukan tempatan dan juga beberapa pasukan undangan dari luar negara seperti Pasukan Sabah, Pasukan Papar, Pasukan Benading, termasuk bekas pemain kebangsaan Malaysia daripada Johor Darul Takzim.

Kejohanan kali ini turut menyaksikan penyertaan empat pasukan yang mewakili Majlis Sukan Sekolah Brunei Darussalam, dua pasukan dari Sekolah Sukan Brunei Darussalam, empat pasukan dari Sengkurong, tiga pasukan dari Polis Diraja Brunei dan dua pasukan daripada Muara Spurs.

Selain daripada itu turut menyertai kejohanan tersebut ialah Pasukan St Gabungan dan Burung Pinggai Ayer.

ARTIKEL YANG SAMA