880 terkorban nahas di Mediterranean

880 terkorban nahas di Mediterranean

GENEVA, 1 Jun – Sekurang-kurangnya 880 pendatang maut dalam kejadian bot karam sepanjang minggu lalu di Mediterranean, menurut agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) yang memetik keterangan mangsa terselamat.

Jurucakap UNHCR, William Spindler, berkata Mediterranean sepanjang tahun ini menjadi perangkap maut, dengan kematian 2,510 orang berbanding 1,855 pada tempoh sama tahun lalu.

Pihak berkuasa dan pertubuhan antarabangsa sebelum ini melaporkan kira-kira 700 pendatang dan pelarian terbunuh dalam kejadian kapal karam di Mediterranean sejak tiga hari lalu, angka terburuk diketahui dalam masa setahun. – Agensi