9 April pertarungan akhir, tumpu politik – Pacquiao

9 April pertarungan akhir, tumpu politik – Pacquiao

LOS ANGELES, 25 Okt (Reuters) – Legenda tinju Filipina, Manny Pacquiao merancang menamatkan kerjayanya dengan bertarung pada 9 April sebelum berpindah memberikan tumpuan ke atas kerjaya politiknya, promoter Bob Arum memberitahu ESPN.com.

Arum berkata dia telah mengadakan perbincangan mengenai perancangan pertarungan akhir bersama Pacquiao minggu lalu di New York — di mana Pacquaio menerima anugerah Asia Game Changer yang diberikan oleh Asia Society di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

“Saya memaklumkan kepada anda apa yang diberitahunya saya minggu lalu pada satu majlis makan malam di New York,” Arum memberitahu laman sesawang itu. “Kami berbincang dengan serius dan dia berkata, ‘Bob, saya berharap pada pertengahan Mei, saya mungkin akan dilantik menjadi senator di Filipina dan pada ketika itu, saya tidak akan terlibat dalam tinju lagi kerana saya perlu fokus ke atas senat dan saya perlu menghadirinya’.

Gambar fail menunjukkan Pacquiao (kanan) ketika pertarungan dengan Floyd Mayweather. – Reuters
Gambar fail menunjukkan Pacquiao (kanan) ketika pertarungan dengan Floyd Mayweather. – Reuters

“Manny memberitahu saya pertarungan pada 9 April nanti adalah yang terakhirnya.”

Ia menyokong ulasan Pacquaio sendiri yang dibuat di Filipina bulan ini, apabila dia mengumumkan dia akan bertanding bagi kerusi senat. Dia adalah ahli kongres sejak 2010.