9 ditahan beraksi kurang sopan di GP Malaysia

9 ditahan beraksi kurang sopan di GP Malaysia

CANBERRA, Australia, 5 Okt – Pihak berkuasa Malaysia yang telah menahan sembilan lelaki Australia selama tiga malam berikutan dengan tindakan ‘kurang sopan’ di khalayak ribuan penonton pada perlumbaan Grand Prix Formula 1 di Sepang Malaysia, Ahad lalu.

Mereka telah berada dalam tahanan polis sejak Ahad lalu selepas melakukan aksi yang kurang sopan.

Menteri Luar Julie Bishop berkata bahawa keluarga mereka telah diterbangkan dari Australia untuk bersama dengan mereka.

“Ia sangat jelas telah dirancang terlebih dahulu ” Bishop memberitahu Nine Network.

Bishop berkata beliau telah bertemu Jack Walker, penasihat kepada Menteri Industri Pertahanan, Chris Pyne, berkata lelaki yang ditangkap itu berumur 25 hingga 29.

Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, Malaysia. Sembilan warga Australia, termasuk penasihat kerajaan, telah ditahan polis berikutan dengan tindakan ‘kurang sopan’ di khalayak ribuan penonton pada perlumbaan Grand Prix Formula 1 di Sepang Malaysia, Ahad lalu. – AP

Polis berkata, lelaki terbabit sedang disiasat atas dakwaan “penghinaan yang disengajakan dengan niat untuk mencetuskan kekecohan dan kecaman orang awam.

Polis berkata, mereka berdepan dengan hukuman penjara dua tahun, denda atau kedua-duanya jika didapati bersalah.

Perdana Menteri Malcolm Turnbull berkata beliau tidak akan mengulas sama ada ia akan berlaku adil untuk rakyat Australia dihukum penjara.

“Kami menggalakkan warga Australia tidak masuk ke dalam masalah dan itulah sebabnya kami menggalakkan mereka menghormati undang-undang negara di mana sahaja mereka berada,” Turnbull kepada pemberita. – AP

ARTIKEL YANG SAMA