9 ditetapkan pangkat

9 ditetapkan pangkat

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Ogos – Seramai sembilan orang pegawai Polis Diraja Brunei telah menerima surat penetapan pangkat sebagai Penolong Penguasa Polis berkuat kuasa 1 Jun lalu. Surat-surat penetapan pangkat disampaikan oleh Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al-Islam pada Majlis Penetapan Pangkat yang berlangsung di Dewan Bankuet, Ibu Pejabat Polis, Gadong, hari ini.

Turut hadir ialah Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis Mohammad Irwan bin Haji Hambali, pegawai-pegawai kanan Pasukan Polis Diraja Brunei serta pegawai-pegawai polis yang diraikan. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong dan diikuti dengan penyampaian surat penetapan pangkat kepada pegawai-pegawai polis yang diraikan.

Pegawai-pegawai ditetapkan pangkat Penolong Penguasa Polis diraikan itu ialah Pmk. ASP Lim Hock Siong, P/ASP Pengiran Haji Mohd Syahmi Azra bin Pengiran Haji Rajid, P/ASP Muhammad Nurfairuz Nazri bin Salleh, P/ASP Muhammad Aimi Safwan bin Zalidin, P/ASP Mohd Rudy Mas-Sharhain @ Muhammad Naqib Rayyan bin Haji Sarbini, P/ASP Dayangku Nor Azriani binti Pengiran Anuar, P/ASP Rumaizah binti Ahmad/Mohd Ariffin, P/ASP Pengiran Azlan Shah bin Pengiran Haji Ahmad dan P/ASP Mohammad Zulhelmi Azmi bin Dato Paduka Haji Abdul Aziz.

Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy menyampaikan surat penetapan pangkat kepada salah seorang pegawai polis yang diraikan.
Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy menyampaikan surat penetapan pangkat kepada salah seorang pegawai polis yang diraikan.

pg03_160703_b

P/ASP Dayangku Nor Azriani dalam temu bual ringkas bersama Media Permata selepas majlis berkenaan, berkata bahawa penetapan jawatan itu merupakan satu pembakar semangat baginya untuk terus memberikan khidmat dan meningkatkan lagi keupayaan diri supaya mampu untuk berkhidmat dengan yang terbaik bukan sahaja kepada raja dan negara tetapi juga kepada orang ramai sebagai seorang pegawai polis.

Beliau menambah bahawa untuk melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan memerlukan komitmen dan sokongan padu daripada semua pihak yang berkenaan di mana beliau bertekad untuk melaksanakan tanggungjawab itu supaya akan terus menjaga nama baik Polis Diraja Brunei.

ARTIKEL YANG SAMA