9 hilang dalam letupan kilang China

9 hilang dalam letupan kilang China

BEIJING, 21 Okt – Sembilan orang hilang dan dua lagi cedera dalam letupan di sebuah kilang timur China hari ini, menurut media kerajaan, dalam siri letupan terbaru di kilang dan gudang.

Frekuensi letupan di China, termasuk letupan besar-besaran telah membunuh lebih 160 orang di bandar Tianjin pada Ogos, telah membangkitkan persoalan tentang standard keselamatan yang gagal untuk mengikuti tiga dekad pertumbuhan ekonomi yang pesat.

Letupan itu berlaku di Perusahan Industri Kimia Tianbao Shandong di mukim Pingyi wilayah Shandong, menurut agensi berita Xinhua, menambah yang syarikat itu membuat bahan letupan yang digunakan orang awam.

“Punca letupan masih lagi disiasat,” menurut Xinhua.

Letupan kemudahan kimia sering terjadi di China dan letupan itu telah meragut nyawa sejak bencana Tianjin, yang mendorong pemeriksaan keselamatan dan penutupan seluruh negara. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA