9 lelaki Australia dibebaskan, lakukan aksi kurang sopan

9 lelaki Australia dibebaskan, lakukan aksi kurang sopan

SEPANG, Malaysia, 6 Okt – Sembilan lelaki Australia yang telah menimbulkan kemarahan di Malaysia dengan memakai pakaian dalam yang mengandungi bendera kebangsaan negara itu dan melakukan aksi kurang sopan di khalayak ramai pada perlumbaan Formula 1, dibebaskan hari ini tanpa dikenakan sebarang denda.

Empat hari selepas penangkapan mereka, sembilan peminat perlumbaan itu telah dibawa ke mahkamah Malaysia untuk menghadapi tuduhan melakukan aksi kurang sopan di tempat awam dan menghina negara.

Tetapi selepas menyatakan penyesalan mereka, mereka telah dibebaskan tanpa dikenakan denda.

Aksi daripada sembilan lelaki tersebut – yang merayakan kemenangan pelumba pasukan negara mereka, Daniel Ricciardo, di Grand Prix Malaysia pada hari Ahad lalu – telah menyinggung sebahagian rakyat Malaysia dan mencetuskan perdebatan ke atas kelakuan tidak sopan tersebut yang dibawa oleh peminat sukan warga Australia itu.

“Tingkah laku kamu pada 2 Oktober adalah sama sekali tidak sesuai dengan pemakaian semasa acara tersebut,” kata Hakim Harith Sham Mohamad Yasin kepada mereka.

Nick Kelly (tengah kiri) dengan memakai cermin mata, dan Thomas Whitworth (tengah kanan), antara sembilan lelaki Australia yang ditangkap semasa tiba di Mahkamah Majistret Sepang Malaysia, kelmarin. – AP
Nick Kelly (tengah kiri) dengan memakai cermin mata, dan Thomas Whitworth (tengah kanan), antara sembilan lelaki Australia yang ditangkap semasa tiba di Mahkamah Majistret Sepang Malaysia, kelmarin. – AP

“Ia menyakitkan perasaan semua rakyat Malaysia kerana memaparkan bendera kebangsaan itu dengan cara kurang sopan.”

Setelah mengambil kira pengakuan bela itu, dan mengungkapkan penyesalan mereka, dimana mereka telah ditahan sejak Ahad lalu.

“Saya dengan ini memberi amaran dan melepaskan kamu semua,” katanya.

Ricciardo, bagaimanapun, muncul mempertahankan peminatnya ‘dalam komen yang disiarkan hari ini dalam Sydney Daily Telegraph sebelum penampilan mereka di mahkamah, memanggil aksi mereka itu “cukup berbahaya”.

“Di Australia ia agak berbeza tetapi saya pasti mereka tidak berniat untuk menyinggung perasaan sesiapa,” katanya.

Tetapi Menteri Luar Australia, Julie Bishop kelmarin mengecam pemuda-pemuda tersebut.

“Apa yang mungkin dilihat sebagai gurauan bodoh atau kelakuan tersebut di Australia boleh dilihat sangat berbeza di negara lain,” katanya kepada Channel Nine. “Anda perlu menghormati undang-undang negara yang anda kunjungi,” tambahnya.