9 maut dalam kebakaran di Cape Town

9 maut dalam kebakaran di Cape Town

JOHANNESBURG, 28 Dis – Sembilan orang maut dalam kebakaran dan mengakibatkan kira-kira 1,500 yang lain tanpa rumah di kawasan Cape Town Afrika Selatan, menurut jurucakap bagi perkhidmatan pencegahan kebakaran bandar itu hari ini.

Kebakaran hujung minggu itu meletus di kawasan gubuk tempat densiti penduduk yang ramai meningkatkan lagi risiko kebakaran.

Kebakaran itu dikatakan mempunyai punca yang berlainan, termasuk kecuaian semasa menghidangkan masakan Krismas, serta keadaan cuaca berangin dan kering, kata jurucakap Theo Layne.

Kebakaran lain yang meletus di kereta api Cape Town telah dipadamkan sejurus selepas itu, tiada sebarang kecederaan berlaku. Puncanya masih lagi belum diketahui. – dpa