9 maut dalam pergaduhan banduan di penjara Mexico

CIUDAD VICTORIA, Mexico, 11 Ogos – Sembilan banduan mati dan 11 lagi cedera berikutan satu pergaduhan di antara banduan di sebuah penjara di bandar sempadan, Reynosa, utara Mexico.

Pihak berkuasa di negeri Tamaulipas berkata kumpulan-kumpulan banduan bermusuh bergaduh menggunakan batang, kayu dan batu dalam dua bahagian di penjara itu.

Pergaduhan itu berlaku kelmarin ketika waktu lawatan keluarga. Pegawai penjara melepaskan tembakan untuk mengawal situasi itu.

Kumpulan Penyelaras keselamatan kerajaan berkata pergaduhan itu nampaknya telah melibatkan satu perjuangan untuk mengawal di dalam penjara di antara kedua-dua kumpulan itu.

Sementara ia tidak mengenal pasti kumpulan-kumpulan itu, Reynos telah menyaksikan pergaduhan-pergaduhan di antara puak Kartel Teluk.

Penjara-penjara di negeri Tamaulipas telah menjadi tempat kejadian berlakunya rusuhan, pergaduhan dan melarikan diri yang sering berlaku. – AP