9 maut kejadian tembakan di Turki

9 maut kejadian tembakan di Turki

DIYARBAKIR, Turki, 26 Okt (AFP) – Tujuh militan Islamic State dan dua pegawai polis Turki terbunuh hari ini dalam satu kejadian tembak-menembak di Diyarbakir, bandar utama di kawasan tenggara, kata perkhidmatan keselamatan.

Polis telah melancarkan serbuan awal pagi ke atas beberapa buah rumah did aerah bandar di mana pejuang jihad dipercayai telah bersembunyi apabila militan melepaskan tembakan, kata satu sumber keselamatan.

Satu pertempuran sengit masih diteruskan, kata seorang wartawan AFP di tempat kejadian, dengan polis khuatir militan lain mungkin bersembunyi di kawasan itu.

Pihak berkuasa mengesyaki kumpulan itu berada di sebalik pengeboman berani mati pada 10 Oktober ke atas rapat pro-Kurdish di Ankara yang membunuh 102 orang dalam serangan paling teruk negara.

Polis telah melancarkan pemburuan pada hujung minggu untuk menjejaki satu sel IS yang termasuk seorang wanita Jerman yang didakwa berkomplot untuk melancarkan serangan lain, lapor media Turki.

Pasukan polis khas Turki ketika dalam pertempuran dengan pejuang kumpulan IS di Diyarbakir hari ini. – AFP
Pasukan polis khas Turki ketika dalam pertempuran dengan pejuang kumpulan IS di Diyarbakir hari ini. – AFP

Polis telah menahan ramai pejuang jihad yang disyaki sejak dua minggu lalu, dengan empat dituduh mengambil bahagian dalam serangan Ankara.

Pihak berkuasa Turki telah melanjutkan operasi ke atas sel Islamic State selepas pengeboman berani mati di Ankara yang membunuh lebih daripada 100 orang – serangan paling teruk dalam sejarah moden Turki – dipersalahkan ke atas kumpulan militan.

Pada minggu lalu, Presiden Tayyip Erdogan berkata perisik Syria dan militan Kurdish, bukan sahaja Islamic State, berada di sebalik serangan yang mensasarkan satu rapat aktivis pro-Kurdish dan kumpulan sivik.

Erdogan berkata militan Parti Pekerja Kurdistan (PKK), polis rahsia “mukhabarat” dan militia PYD Kurdish Syria telah bekerjasama dengan Islamic State dalam pengeboman pada 10 Oktober.

ARTIKEL YANG SAMA