9 maut, penjara terbakar

9 maut, penjara terbakar

ABUYOG, Filipina, 9 Okt (AFP) – Sembilan tahanan terkorban apabila kebakaran melanda wad psikiatri sebuah penjara wilayah, kata pihak berkuasa Filipina hari ini, menambah penjara itu beroperasi pada kadar dua kali ganda kapasitinya.

Warden serta penghuni bergegas menyelamatkan banduan daripada sel mereka semalam tatkala api melanda bahagian penjara serantau yang dikawal paling ketat di pulau Leyte, 620 kilometer dari tenggara Manila, menurut kementerian kehakiman.

Kebanyakan mereka yang terbunuh sedang ditahan di bahagian khas untuk banduan dengan masalah psikologi atau penyakit fizikal, beritahu Setiausaha Keadilan Leila de Lima kepada AFP.

“Lima banduan adalah pesakit di wad psikiatri dan dua banduan adalah lemah, tua dan mempunyai masalah penglihatan,” beritahu de Lima kepada AFP, memetik laporan Biro Hukuman mengenai kejadian itu.

“Dua banduan adalah pekerja ladang yang pada mulanya selamat tetapi kembali semula ke dalam penjara untuk membantu banduan lain,” tambah beliau.

Satu persepuluh daripada banduan yang tinggal masih hilang, kata de Lima.

Kebakaran memarak selama hampir lapan jam, memusnahkan sebuah bangunan penjara, dan akhirnya berjaya dikawal pada tengah malam, kata Inspektor Constantino Pedrosa, penolong ketua polis bandar Abuyog tempat terletaknya penjara.

Beliau berkata penjara itu dibina untuk 500 banduan, tetapi menempatkan 1,256 lelaki ketika kebakaran, satu kejadian yang biasa berlaku dalam sistem penjara yang penuh sesak di negara.

ARTIKEL YANG SAMA