9 Muka Baru

9 Muka Baru

Oleh Sim Y. H. dan Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Okt – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah mengumumkan rombakan keahlian Majlis Mesyuarat Menteri-menteri Kabinet dan lantikan lain yang menyaksikan beberapa orang menteri bertukar portfolio, empat timbalan menteri dilantik menjadi menteri penuh manakala sembilan muka baru sebagai menteri dan timbalan menteri.

Muka-muka baru itu terdiri daripada setiausaha tetap dan mantan setiausaha tetap, duta dan Timbalan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Pelantikan tersebut berkuat kuasa mulai hari ini bagi tempoh selama lima tahun.

Dalam titah pengumuman yang disiarkan secara langsung di semua saluran televisyen dan radio, Radio Televisyen Brunei, hari ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia mengumumkan bahawa Baginda memegang jawatan Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, Menteri Kewangan dan juga Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah menjawat jawatan Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Baginda Sultan bertitah mengumumkan pelantikan kabinet baru. – Infofoto
Baginda Sultan bertitah mengumumkan pelantikan kabinet baru. – Infofoto

Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri; Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman dilantik sebagai Menteri Pendidikan; Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II;

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan; Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohd Yasmin bin Haji Umar sebagai Menteri Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri;

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ugama; Timbalan Menteri Kewangan, Dato Paduka Haji Bahrin bin Abdullah dilantik sebagai Menteri Pembangunan; Timbalan Menteri di JPM, Dato Paduka Haji Ali bin Haji Apong sebagai Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan;

Timbalan Menteri Pertahanan Dato Paduka Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat sebagai Menteri Perhubungan; Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan;

Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) Kementerian Pendidikan, Dato Paduka Dr Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi dilantik sebagai Menteri Kesihatan; Setiausaha Tetap di JPM, Dato Paduka Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar sebagai Timbalan Menteri di JPM; Setiausaha Tetap di JPM, Dato Paduka Haji Mohd Roselan bin Haji Mohd Daud sebagai Timbalan Menteri di JPM; Timbalan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Laksamana Pertama Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit sebagai Timbalan Menteri Pertahanan.

Setiausaha Tetap di Kementerian Kewangan, Dato Paduka Haji Hisham bin Haji Mohd Hanifah sebagai Timbalan Menteri Kewangan; Mantan Setiausaha Tetap, Dato Paduka Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah sebagai Timbalan Menteri Kewangan;

Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Dato Paduka Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohammad Yusof sebagai Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan; Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar sebagai Timbalan Menteri Pendidikan, Duta Besar Negara Brunei Darussalam ke Arab Saudi, Dato Paduka Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud sebagai Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama dan Setiausaha Tetap di Kementerian Pembangunan, Dato Paduka Haji Suhaimi bin Haji Ghafar sebagai Timbalan Menteri Pembangunan.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya bertitah memaklumkan bahawasanya jawatan Mufti Kerajaan dan Peguam Negara adalah sebagai jawatan bertaraf menteri.

“Perlu Beta ingatkan bahawa lantikan-lantikan ini adalah amanah, amanah itu sifatnya adalah sangat berat kerana ianya merangkumi tugas dan kewajipan bagi menegakkan keadilan. Ke arah itu, ianya perlu dipikul dengan penuh tanggungjawab, jujur lagi ikhlas dengan penuh taat lagi setia.

“Untuk akhirnya, Beta tidak lupa merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada mereka yang tidak lagi dilantik di atas khidmat dan jasa mereka yang disumbangkan selama ini.”

[divide]

Kabinet Baru 2015-2020

Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, Menteri Kewangan dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, Menteri Kewangan dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah

Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong

Menteri Pendidikan Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman

Menteri Pendidikan
Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman

Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim

Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II
Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim

Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng

Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II
Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng

Menteri Tenaga (Energy) dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Yasmin bin Haji Umar

Menteri Tenaga (Energy) dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri
Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Yasmin bin Haji Umar

Menteri Hal Ehwal Ugama Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman

Menteri Hal Ehwal Ugama
Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman

Menteri Pembangunan Dato Paduka Haji Bahrin bin Abdullah

Menteri Pembangunan
Dato Paduka Haji Bahrin bin Abdullah

Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan Dato Paduka Haji Ali bin Haji Apong

Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan
Dato Paduka Haji Ali bin Haji Apong

Menteri Perhubungan Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat

Menteri Perhubungan
Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan
Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof

Menteri Kesihatan Dato Paduka Dr. Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi

Menteri Kesihatan
Dato Paduka Dr. Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Paduka Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Dato Paduka Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Paduka Haji Mohd Roselan bin Haji Mohd Daud

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Dato Paduka Haji Mohd Roselan bin Haji Mohd Daud

Timbalan Menteri Pertahanan Laksamana Pertama Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit

Timbalan Menteri Pertahanan
Laksamana Pertama Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit

Timbalan Menteri Kewangan Dato Paduka Haji Hisham bin Haji Mohd Hanifah

Timbalan Menteri Kewangan
Dato Paduka Haji Hisham bin Haji Mohd Hanifah

Timbalan Menteri Kewangan Dato Paduka Dr. Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah

Timbalan Menteri Kewangan
Dato Paduka Dr. Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah

Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Dato Paduka Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohammad Yusof

Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan
Dato Paduka Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohammad Yusof

Timbalan Menteri Pendidikan Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar

Timbalan Menteri Pendidikan
Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama Dato Paduka Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama
Dato Paduka Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud

Timbalan Menteri Pembangunan Dato Paduka Haji Suhaimi bin Haji Gafar

Timbalan Menteri Pembangunan
Dato Paduka Haji Suhaimi bin Haji Gafar

ARTIKEL YANG SAMA