9 pegawai JPI, guru sertai lawatan intensif ke KL

9 pegawai JPI, guru sertai lawatan intensif ke KL

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Mac – Rombongan sembilan orang pegawai dan guru agama dari Unit Pendidikan Khas Ugama, Bahagian Sekolah Ugama, Jabatan Pengajian Islam (JPI) telah bertolak ke Kuala Lumpur pagi tadi untuk mengadakan lawatan intensif ke Sekolah Pendidikan Khas, Pertuturan Kiu, Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat berlayar kepada rombongan ialah Ketua Unit Pendidikan Khas Ugama, Haji Mohd Sufri Sofian bin Haji Mat Umar.

Pembantu Ketua Unit Pendidikan Khas Ugama, Hajah Normadiah binti Haji Bini, selaku ketua rombongan menjelaskan, rombongan akan berada di Kuala Lumpur selama enam hari dan ia merupakan inisiatif guru-guru pendidikan khas ugama bagi meningkatkan kemahiran kaedah pertuturan kiu susulan hasil perolehan bengkel kiu pada tahun 2014.

Ahli rombongan bergambar ramai bersama Haji Mohd Sufri Sofian (tiga kiri).
Ahli rombongan bergambar ramai bersama Haji Mohd Sufri Sofian (tiga kiri).

Lawatan itu, jelasnya, bertujuan untuk menambah pengetahuan dalam kaedah pertuturan kiu dan perlaksanaannya dalam mata pelajaran agama terutama Al-Quran dan amali agama.

Di samping itu juga untuk memantapkan ilmu dan kemahiran kaedah pertuturan kiu bagi guru-guru pendidikan khas ugama dan meningkatkan amalan-amalan yang diguna pakai dalam melaksanakan kaedah pertuturan kiu bagi murid-murid berkeperluan khas pendengaran dan pertuturan agar dapat diadaptasi dan diimplementasikan mengikut kesesuaian di negara ini.

ARTIKEL YANG SAMA