9 pekerja bantuan terbunuh serangan malam

9 pekerja bantuan terbunuh serangan malam

MAZAR-I-SHARIF, Afghanistan, 2 Jun (Reuters) – Militan tidak dikenali menembak mati sembilan orang pekerja Afghan dari sebuah kumpulan bantuan disokong syarikat asing awal hari ini di wilayah utara Balkh, Afghanistan, menurut pegawai kerajaan.

Pekerja bantuan sudah pun berdepan serangan demi serangan di Afghanistan ketika tentera asing berundur dan keselamatan semakin memburuk, menjadikan negara itu sebagai sebuah daripada yang paling merbahaya bagi kumpulan bantuan.

Pegawai mengenal pasti kumpulan itu sebagai organisasi Czech dikenali sebagai People in Need dan menyalahkan Taliban bagi serangan, kira-kira 80km ke selatan ibu kota wilayah itu.

“Mereka menembak mati sembilan orang, termasuk seorang wanita,” kata Mohammad Daud Naemi, jurucakap bagi Kementerian Pemulihan dan Pembangunan Pedalaman.

Lima pekerja, dua pemandu dan dua pengawal juga terbunuh dalam serangan yang berlaku sejurus selepas jam 1 pagi, tambahnya. People in Need tidak dapat dihubungi segera untuk ulasan.

ARTIKEL YANG SAMA