9 pelajar mati lemas selepas pulang dari sekolah

9 pelajar mati lemas selepas pulang dari sekolah

HANOI, 15 April (AFP) – Sembilan pelajar lelaki Vietnam dari kelas yang sama mati lemas selepas melompat terjun ke dalam sungai di tengah wilayah Quang Ngai Vietnam hari ini, menurut pegawai polis kepada AFP.

Kematian itu, yang polis katakan adalah satu kemalangan, berlaku kepada semua mangsa, yang semuanya pelajar sekolah menengah berusia 12 tahun, sedang bermain di sungai Tra Khuc, kata Vu Van Duong, timbalan ketua jabatan polis wilayah.

Mayat kanak-kanak lelaki itu, yang semuanya berada dalam kelas yang sama di sekolah menengah Nghia Ha, ditemui berhampiran antara satu sama lain di dasar sungai, katanya.

“Mereka mungkin telah melompat bersama-sama ke dalam sungai, pada waktu yang sama,” ujarnya kepada AFP, menambah yang kanak-kanak itu tidak mengendahkan amaran daripada seorang wanita tempatan yang melihat mereka bermain di sungai itu.

Budak-budak lelaki itu telah bermain di air cetek namun sungai itu baru-baru ini telah ditambah dengan sistem penyaliran baru, yang menjadikan air itu dalam sekitar dua meter di beberapa bahagian, tambahnya.

Mati lemas adalah satu punca utama kematian kanak-kanak di Vietnam, terutamanya semasa musim panas di kawasan luar bandar.

ARTIKEL YANG SAMA