9 pelajar tamat latihan BMC

9 pelajar tamat latihan BMC

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 1 Okt – Seramai sembilan orang pelajar telah menamatkan penempatan latihan kerja di Syarikat Brunei Methanol Sdn Bhd (BMC) selama dua hingga tiga bulan, baru-baru ini.

Sehubungan itu Majlis Penyerahan Sijil Penghargaan kepada pelajar berkenaan telah diadakan oleh Syarikat BMC Sdn Bhd di sini.

Penyerahan sijil penghargaan kepada pelajar-pelajar berkenaan telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif BMC, Awang Daud bin Haji Jais.

Pelajar-pelajar tersebut merupakan pelajar dari Institut Pendidikan Teknik Brunei (IBTE) kampus Maktab Kejuruteraan Jefri Bolkiah, Kuala Belait; Sekolah Vokasional Sultan Bolkiah, Seria; Sekolah Vokasional Nakhoda Ragam; Politeknik Brunei; dan Kolej Antarabangsa Micronet.

Penghargaan kepada pelajar-pelajar yang menyertai latihan penempatan kerja di Syarikat Brunei Methanol Sendirian Berhad.
Penghargaan kepada pelajar-pelajar yang menyertai latihan penempatan kerja di Syarikat Brunei Methanol Sendirian Berhad.

BMC, ke arah Wawasan Negara 2035, telah banyak menyokong institut pendidikan teknikal di negara ini melalui menyediakan penempatan latihan kerja bagi pelajar-pelajar untuk menambahkan pengalaman mereka dalam industri minyak dan gas yang juga sejajar dengan komitmen tanggungjawab korporat sosial (CSR) syarikat itu.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama itu, BMC telah menerima seramai 69 orang pelajar bagi latihan penempatan kerja industri sejak tahun 2010.

Pengurus Eksekutif BMC, Takatoshi Shida, dalam ucapannya pada majlis tersebut telah merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada IBTE yang selama ini telah memberikan kerjasama dalam beberapa program latihan dan sebagainya dengan syarikat mereka, dan berharap supaya pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi selama menyertai latihan akan dapat membawa para pelajar melangkah lebih maju ke hadapan sehingga masuk ke alam pekerjaan masing-masing nanti.

ARTIKEL YANG SAMA