9 pelaut BSP mengaku pecah amanah

9 pelaut BSP mengaku pecah amanah

Oleh Fadley Faisal

 

pg06_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Jan – Sembilan orang pelaut kapal pengangkutan yang berkhidmat dengan Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) telah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas kesalahan pecah amanah.

Ketua Majistret Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli telah menetapkan 14 Januari 2017 bagi sebutan kes.

Timbalan Pendakwa Raya Emily Goh dalam pendakwaannya menyatakan bahawa Muhammad Ali, kapten warga Indonesia kapal SMS Discovery yang dikendalikan Winmar Sdn Bhd dan lapan orang krew warga Indonesia telah bersubahat melakukan pecah amanah melibatkan 30,000 liter minyak diesel bernilai $16,500 milik BSP dalam dua kejadian berasingan pada awal pagi antara 16 dan 17 November 2016 dan pada awal pagi antara 7 dan 8 Disember 2016.

Defendan-defendan mengepam minyak keluar daripada kapal SMS Discovery ke dalam kapal lain yang tidak diketahui sementara yang lain mendorong tindakan berkenaan.

Mereka melakukan kesalahan itu ketika kapal berkenaan berada di kawasan pelantar minyak Champion 7.

Defendan-defendan berkenaan tidak lagi diwakili oleh Peguam Ahmad Zakaria Muhammad selepas beliau menarik diri.

ARTIKEL YANG SAMA