9 pemenang pertandingan Instagram terima hadiah

9 pemenang pertandingan Instagram terima hadiah

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Sept – Sembilan pemenang Pertandingan IG Hari Raya Progresif Celullar, yang berlangsung dari 18 Julai hingga 17 Ogos lalu, telah menerima hadiah mereka, baru-baru ini.

Pertandingan memuat naik gambar ke Instagram berkenaan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu #progresifood, #progresifashion and #progresifamily, dengan tempat pertama setiap kategori menerima dua tiket pergi balik ke Singapura (menaiki penerbangan RB), Huawei Ascend Mate 7 dan SIM Prabayar Progresif dengan nombor pilihan secara percuma.

Pemenang-pemenang tempat pertama berkenaan ialah Awang Arif bin Haji Ebil, Awang Muhd Wa’ie bin Haji Sahrol dan Dayang Ainaa Batrisyaa binti Abdullah Zoerazimi.

Manakala itu, para pemenang kedua, iaitu Dayang Siti Zubaidah binti Haji Abdul Kadir, Awang Ronnie bin Labau dan Awang Muhammad Firdaus bin Haji Abdul Kadir memenangi Huawei P7 Phone dan SIM Prabayar Progresif dengan nombor pilihan secara percuma.

Sementara itu, Ampuan Erolman Shah Rizal bin Ampuan Ahad, Dayang Liyana Hanif dan Kriselda Franz Viana Madrigal membawa pulang Huawei Ascend G630 dan SIM Prabayar Progresif dengan nombor pilihan setiap seorang selaku pemenang ketiga dalam setiap kategori.

Penyampaian hadiah-hadiah disempurnakan oleh Pengurus Pemasaran Huawei Brunei, Dennis Yang, dan turut hadir di majlis itu ialah Pasukan Pengurusan Progresif dan perwakilan dari Huawei Technologies.

Menurut kenyataan Progresif, sepanjang tempoh pertandingan berkenaan sebanyak 1,200 penyertaan telah diterima di mana para peserta memuat naik gambar sambutan Hari Raya mereka dengan menampilkan makanan, fesyen dengan keluarga dan tag Progresif Cellular dalam gambar mereka, manakala itu pemenang dipilih berdasarkan jumlah ‘Like’ yang diterima bagi gambar mereka.

ARTIKEL YANG SAMA