9 pengedar dadah dihukum

9 pengedar dadah dihukum

HANOI, Vietnam, 21 Sept – Sebuah mahkamah di utara Vietnam hari ini menjatuhkan hukuman mati kepada sembilan orang akibat mengedar heroin, kata media kerajaan.

Pemimpin Trang A Tang dan lapan warga Vietnam yang lain didapati bersalah mengedar 626 kilogram (1,379 paun) heroin dari Laos dan Thailand ke Vietnam antara 2009 sehingga penangkapan pada tahun 2013, lapor Zing.

Mahkamah Rakyat di wilayah Bac Ninh memutuskan untuk menjatuhkan hukuman mati pada akhir perbicaraan selama empat hari.

Sementara tiga yang lain termasuk isteri dan bapa Tang, dihukum penjara atas tuduhan yang sama. – AP