9 penyebar khabar angin diberkas

9 penyebar khabar angin diberkas

BEIJING, 12 Jun (Reuters) – Pihak berkuasa China memberkas sembilan orang berikutan penyebaran khabar angin melalui Internet bahawa beberapa pegawai tentera terlibat dalam satu bantahan dan mencemarkan imej tentera, menurut akhbar rasmi tentera hari ini.

Kesembilan orang tersebut “membuat dan menyebarkan khabar angin” melalui Internet, kata Harian Tentera Pembebasan Rakyat.

Mereka menggunakan blog-blog kecil dan aplikasi pesanan telefon bimbit untuk “menyebarkan khabar angin berkaitan tentera, memfitnah anggota tentera dan menuduh tentera terlibat dalam ‘insiden besar-besaran’,” akhbar itu menambah.

“Insiden besar-besaran” merupakan ungkapan bagi bantahan.

Sebahagian daripada mereka juga “memusnahkan imej tentera”, katanya.

Akhbar itu mengenal pasti kesembilan orang itu tetapi memberi nama keluarga antara tiganya iaitu Huang, Yuan dan Song.

Tertuduh mengaku melakukan penyebaran tersebut dan telah dijatuhkan hukuman kepada “badan penahanan”, katanya lagi.

Hal yang sama juga berlaku bulan lepas, yang mana kementerian pertahanan mengatakan pihak berkuasa telah menahan 10 orang berikutan penyebaran khabar angin secara online mencemarkan imej tentera, termasuk kewujudan geng-geng dan perbalahan dalaman.

Pihak tentera telah menjadi salah satu fokus Presiden Xi Jinping bertindak keras terhadap rasuah yang berakar umbi, dengan beberapa pegawai kanan telah ditangkap.

Hukuman bagi menyebarkan khabar angin menunjukkan meningkatnya keazaman Parti Komunis untuk mengawal informasi tentang dakwaan salah laku pegawai, untuk mengelak mencetusnya ketidakpuasan orang awam.

ARTIKEL YANG SAMA