9 Sherpa dirai pada Hari Everest

9 Sherpa dirai pada Hari Everest

KATHMANDU, Nepal, 29 Mei – Nepal menyambut Hari Everest hari ini dengan memberi penghormatan kepada sembilan orang Sherpa yang telah membaiki tali dan menggali tapak laluan menuju kemuncak Everest bagi memudahkan beratus-ratus pendaki untuk mendaki gunung tertinggi di dunia bulan ini, selepas dua tahun bencana. Perdana Menteri Khadga Prasad Oli memuji lelaki tersebut di majlis itu di Kathmandu, di mana mereka telah diberikan kalungan bunga dan cek bernilai 50,000 rupee (AS$460).

“Rahsia di sebalik lebih daripada 400 pendaki mendaki Gunung Everest adalah pembaikan tali yang berjaya dilakukan untuk memudahkan laluan,” kata Oli. “Tiada kekeliruan atas pembaikan laluan tersebut dan tali yang sudah dibaik pulih itu memudahkan lagi para pendaki untuk sampai ke puncak.”

Sembilan orang Sherpa yang diraikan hari ini itu adalah orang yang pertama untuk sampai ke puncak pada musim ini, yang telah sampai ke puncak pada 11 Mei lalu. Dari pembaikan tali dan laluan oleh mereka itu, lebih daripada 400 orang telah memanjat gunung Everest.

Sherpa memulakan pembaikan dengan tangga aluminium dan mengikat tali dengannya di kawasan yang ditakuti iaitu kawasan jatuhan ais di Khumbu, berhampiran kem utama. Mereka kemudian membaiki tali bagi memudahkan pendaki untuk memegang pada kebanyakkan laluan. – AP

Gambar fail bertarikh 19 Februari 2016 menunjukkan sekumpulan pengembara sedang membuat perjalanan mereka ke Dingboche, kem Gunung Everest yang popular, di Pangboche, Nepal. – AP
Gambar fail bertarikh 19 Februari 2016 menunjukkan sekumpulan pengembara sedang membuat perjalanan mereka ke Dingboche, kem Gunung Everest yang popular, di Pangboche, Nepal. – AP