9 syarikat Brunei sertai Pesta ASEAN di Seoul

9 syarikat Brunei sertai Pesta ASEAN di Seoul

Oleh Imelda Groves HA

 

SEOUL, KOREA, 19 Nov – Sebanyak sembilan buah syarikat dari Negara Brunei Darussalam ikut serta dalam Pesta ASEAN 2015 yang berlangsung di Coex, Seoul, Republik Korea bermula kelmarin hingga 21 November.

Pelancaran pesta empat hari anjuran Pusat ASEAN-Korea itu telah disempurnakan oleh Setiausaha Agung Yayasan ASEAN-Korea, Kim Young-sun, duta-duta negara anggota ASEAN ke Korea dan perwakilan lain dari Yayasan Korea.

Penyertaan Negara Brunei Darussalam dalam pesta bertema ‘Touch and Taste ASEAN in Soul’ yang disertai oleh 11 buah negara termasuk Republik Korea ini merupakan undangan Pusat ASEAN-Korea dan syarikat-syarikat yang ikut serta dipilih dan dijemput oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan serta Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), di mana mereka mempamerkan pelbagai produk makanan, minuman dan kraf tangan.

Pesta ASEAN 2015 menggabungkan dua pesta tahunan Pusat ASEAN-Korea.
Pesta ASEAN 2015 menggabungkan dua pesta tahunan Pusat ASEAN-Korea.

Wakil dari Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Awang Hamzari bin Sabli memberitahu, syarikat-syarikat Brunei yang menyertai pesta tersebut adalah antara syarikat Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) yang berdaftar di bawah KSSUP.

Syarikat-syarikat tersebut terdiri daripada Syarikat Nurul Hikmah, Syarikat Hajah Dayang Norhani & Anak-Anak, Seri Pekatan Sdn Bhd, HKH Fast Food & Takeaway, Golden Corporation Sdn Bhd, IBIC Sdn Bhd (Air Sehat), Royal Brunei Catering Sdn Bhd, Sabli Food Industries (B) Sdn Bhd dan Sahamada Corporation Sdn Bhd.

Dalam temu bual bersama wakil beberapa buah syarikat berkenaan, rata-ratanya menyatakan bahawa peluang yang diberikan untuk membawa produk-produk mereka ke Korea adalah antara cara mereka memperkenalkan lagi produk mereka keluar negara.

ARTIKEL YANG SAMA