9 terbunuh dalam serangan bom kereta

BAGHDAD, Iraq, 16 Feb – Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dan 30 lagi cedera kelmarin dalam satu serangan berani mati bom kereta di kubu Syiah di timur Baghdad, ibu negeri Iraq, menurut satu sumber polis.

Serangan itu mengambil tempat sebelum matahari terbenam, apabila seorang pengebom berani mati meletupkan sebuah mini bas miliknya di kawasan komersial Habibiyah bagi penjualan kereta di kejiranan Sadr City, menurut sumber itu.

Letupan kuat itu menyebabkan kebakaran, memusnahkan kenderaan-kenderaan awam dan menyebabkan kerosakan pada kebanyakan kedai dan bangunan, tambah sumber itu.

Jumlah kemudian boleh meningkat apabila ambulan, pihak polis dan kenderaan-kenderaan orang awam memindahkan mangsa ke hospital bandar berkenaan dan pusat-pusat perubatan, tambahnya.

Setakat ini tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab atas serangan berkenaan, namun kumpulan-kumpulan militan IS, dalam kebanyakan kes bertanggungjawab bagi serangan-serangan berani mati sebegitu, menyasarkan kawasan-kawasan sibuk, termasuk pasar-pasar, kafe-kafe dan masjid-masjid di seluruh Iraq.

Perbuatan keganasan, kekerasan dan konflik bersenjata telah membunuh 382 warga Iraq dan mencederakan 908 lain dalam Januari di seluruh Iraq, menurut Misi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Serangan-serangan itu tiba apabila tentera keselamatan Iraq yang disokong oleh pakatan antarabangsa anti-IS menjalankan serangan utama untuk mengusir militan IS dari kubu kuat utama terakhirnya di dalam di sekeliling Mosul. – NNN