9 warga asing ditahan lakukan pembalakan haram

9 warga asing ditahan lakukan pembalakan haram

KUCHING, 23 Feb (Bernama) – Sembilan lelaki warga Indonesia ditahan kerana disyaki menjalankan aktiviti pembalakan kayu bakau secara haram di Sungai Terombol, Telaga Air, kira-kira 30 kilometer dari sini, petang semalam.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima Sarawak ACP N. Kalai Chelvan berkata pihaknya turut merampas 2,313 kayu bakau bernilai RM18,000; lima perahu berserta enjin sangkut (RM16,000) dan sembilan kapak (RM100).

Menurutnya penahanan dan rampasan itu dibuat sepasukan anggota PPM diketuai ASP Wan Sazaly Wan Jaafar ketika menjalankan Op Landai di lokasi berkenaan.

“Anggota PPM telah terserempak dengan sembilan lelaki berkenaan yang sedang memunggah kayu bakau ke tebing Sungai Terombol, kira-kira pukul 5 petang semalam.