90 belia Tutong sertai bengkel Dikir Brunei Lama

90 belia Tutong sertai bengkel Dikir Brunei Lama

Oleh Normazlina M.D

TUTONG, 31 Mei – Dikir Brunei merupakan satu warisan budaya yang masih lagi kekal hingga kini. Dengan adanya warisan ini, generasi seterusnya akan mengenali dan akan terus menjadi penyambung untuk generasi seterusnya.

Seramai 90 peserta terdiri daripada belia-belia masjid Daerah Tutong dan penuntut-penuntut Mahad Islam Brunei, Tutong menyertai Bengkel Dikir Brunei Lama pagi tadi di Masjid Kampung Penanjong, pagi tadi.

Bengkel berkenaan dikendalikan oleh pegawai-pegawai hal ehwal masjid Daerah Tutong, Haji Masri bin Haji Mohammad, Haji Mahri bin Haji Metussin dan Haji Muhd Kartolo bin Haji Abang.

Bengkel Dikir Brunei Lama anjuran Jabatan Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong melalui masjid-masjid Zon 2 Daerah Tutong itu bertujuan untuk mengekalkan warisan budaya Dikir Brunei selain untuk mengetahui akan keindahan Dikir Brunei lama yang menjadi kebanggaan orang-orang Brunei.

Bengkel disampaikan oleh salah seorang pegawai hal ehwal masjid.
Bengkel disampaikan oleh salah seorang pegawai hal ehwal masjid.

Selain itu, ia juga adalah untuk menjadikan belia-belia mahir dalam lagu-lagu Dikir Brunei dan boleh mempelbagaikan lagu dikir dengan baik apabila dijemput di majlis-majlis keraian.

Bengkel itu juga diharap dapat mengeratkan hubungan silaturahim kalangan belia masjid dan sebagai salah satu kegiatan belia untuk mengimarahkan masjid. Selain itu, peserta-peserta bengkel ini akan dibawa mengikuti pertandingan Dikir Brunei Lama yang akan diadakan kemudian.

ARTIKEL YANG SAMA