90 cedera akibat letupan di kafe

90 cedera akibat letupan di kafe

MADRID, 2 Okt – Pihak berkuasa berkata letupan di sebuah kafe di selatan Sepanyol telah mencederakan 90 orang di sebuah festival tempatan, lima daripada mereka cedera parah.

Letupan malam kelmarin itu berlaku sekitar 7 malam di Velez-Malaga, sebuah bandar kecil kejiranan Malaga, sebuah destinasi pelancongan popular di rantau Andalusia, selatan Sepanyol.

Pihak berkuasa belum lagi mengesahkan kebocoran gas merupakan punca letupan namun berkata kebocoran itu mungkin telah mengakibatkan kaca cermin dan pintu kafe itu meletup berkecai.

Khidmat kecemasan Andalusia berkata 57 daripada yang cedera telah dibawa ke hospital berhampiran dan kira-kira 15 lagi dibenarkan keluar, sementara 33 yang lain dibawa ke klinik tempatan dan menerima rawatan luka atau lebam.

Datuk Bandar Antonio Moreno Ferrer berkata siasatan telah dilancarkan. – AP

Gambar yang diambil dari video, yang dibekalkan oleh Wikono menunjukkan khidmat kecemasan berdiri di luar kafe La Bohemia, selepas letupan berlaku di Malaga, Sepanyol pada 1 Okt. – AP
Gambar yang diambil dari video, yang dibekalkan oleh Wikono menunjukkan khidmat kecemasan berdiri di luar kafe La Bohemia, selepas letupan berlaku di Malaga, Sepanyol pada 1 Okt. – AP