90 maut stesen petrol terbakar

90 maut stesen petrol terbakar

ACCRA, 5 Jun (AFP) – Lebih 90 orang terbunuh dalam kebakaran di sebuah stesen petrol di ibu kota Ghana, Accra semasa mereka berlindung daripada hujan yang mencetuskan banjir meluas, kata polis dan Palang Merah semalam.

“Kehilangan nyawa ini merupakan bencana di luar jangkaan,” kata Presiden Ghana, John Dramani Mahama semasa melawat lokasi kejadian.

Seorang pegawai polis berkata, pasukan bomba sahaja menemui kira-kira 73 mayat, manakala koordinator pengurusan bencana Palang Merah, Francis Obeng memberitahu bahawa angka kematian melebihi 90 orang.

Pada masa yang sama, beberapa hospital tempatan menyatakan, rumah-rumah mayat sudah penuh dengan angka kematian dipercayai meningkat.

Kebakaran berlaku malam kelmarin di kawasan Bulatan Kwame Nkrumah, pusat bandar Accra dan dilaporkan merebak ke kawasan kejiranan berdekatan.

Anggota penyelamat dan pegawai-pegawai ketika membuat pengawasan di kawasan sebuah rumah yang turut dijilat api apabila stesen minyak terbakar di Accra, ibu negara Ghana, pada 4 Jun 2015. – AFP
Anggota penyelamat dan pegawai-pegawai ketika membuat pengawasan di kawasan sebuah rumah yang turut dijilat api apabila stesen minyak terbakar di Accra, ibu negara Ghana, pada 4 Jun 2015. – AFP

Mahama mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berkata, langkah pencegahan akan dilaksanakan bagi mencegah banjir yang melanda Accra pada setiap tahun.

Hujan selama sekurang-kurangnya dua hari menyebabkan situasi huru-hara di bandar ini dengan banyak kawasan tenggelam dan penduduknya terperangkap.