91 pelajar diraikan dalam majlis khatam Al-Quran

91 pelajar diraikan dalam majlis khatam Al-Quran

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Ogos – Seramai 91 orang pelajar Darjah 6, Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Amal Umi Kalthum Al-Islam, Kampung Mulaut, hari ini, diraikan dalam majlis khatam Al-Quran yang diadakan di sekolah berkenaan, di sini.

Hadir selaku tetamu khas pada majlis berkenaan ialah Pengarah Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Hajah Rusita binti Haji Yahya yang turut menyampaikan sijil-sijil kepada para peserta khatam berkenaan.

Daripada jumlah tersebut, seramai 50 orang ialah pelajar lelaki dan 41 orang lagi pelajar perempuan.

Pelajar-pelajar Darjah 6 yang mengikuti majlis khatam tersebut.
Pelajar-pelajar Darjah 6 yang mengikuti majlis khatam tersebut.

Majlis itu merupakan projek tahunan Jabatan Pengajian Islam melalui Bahagian Kokurikulum, Unit Sekolah-sekolah Ugama supaya setiap pelajar Darjah 6 yang bakal menamatkan pengajian mereka akan dapat mengkhatamkan bacaan Al-Quran 30 juzuk secara bertajwid, fasih dan lancar.

Dengan adanya projek itu, ia dapat menggalakkan pelajar-pelajar untuk membaca Al-Quran, di samping menjadikannya sebagai amalan harian setiap pelajar.

ARTIKEL YANG SAMA