911 Carrera baru mantap, menawan

911 Carrera baru mantap, menawan

Oleh Syahmi Hassan

Gambar oleh Azrol Azmi

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Jun – QAF Eurokars Sdn Bhd selaku pengimport dan pengedar kenderaan Porsche di Brunei telah melancarkan 911 Carrera baru pada majlis yang berlangsung di Pusat Porsche Brunei, kelmarin.

Lebih daripada 350 orang tetamu dan warga media telah diundang bagi menyaksikan pelancaran generasi baru kereta 911 Carrera tersebut.

Sejak beberapa dekad, 911 telah menjadi kereta ‘sport’ paling laris dijual di dunia, dan generasi baru ini diperkenalkan bagi melanjutkan kejayaan tersebut.

Pertukaran enjin flat kepada unit turbocharged telah memberikan peningkatan kuasa kepada kereta sport ini di samping meningkatkan penjimatan bahan api.

Dengan enjin yang diperbaharui ini, kuasanya dipertingkatkan sebanyak 20hp (kuasa kuda) kepada 370hp dan mengurangkan penggunaan bahan api iaitu 7.4 liter bagi 100km.

Semasa pelancaran 911 Carrera baru.
Semasa pelancaran 911 Carrera baru.

Aspek luaran 911 Carrera juga diperhalusi, terutamanya pada lampu depan dan belakang, pemegang pintu dan tingkap belakang.

Bahagian dalamannya pula lebih canggih dengan sistem Pengurusan Komunikasi Porsche (PCM) dengan paparan pelbagai sentuh yang menawarkan berbagai-bagai fungsi dan pengendalian yang sangat mudah.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai 911 Carrera terbaru ini, orang ramai bolehlah mengunjungi Bilik Pameran Porsche di Beribi.

 

ARTIKEL YANG SAMA